Thursday, 8 September 2011

subjek sejarah bab 13 muka surat 9

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)

 sumber: www.tukartiub.blogspot.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: sejarah itu sebenarnya hebat jika difahami

Wednesday, 24 August 2011

R.I.P Kevin Carter

cuba lu tengok gambar ni:

1994 Pulitzer Prizes
lu dapat rasa macam apa yang gua rasa?
apa yang lu rasa?
gua rasa pahit, lu rasa pahit tak?
bebal, gambar yang memberi impact kepada gua dan disini gua ingin memberi penghormatan kepada mendiang  Kevin Carter atas gambar yang super impact ini.

siapa kevin carter ni?? lu research sendiri la gila!!

lu memang macho la Kev
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: cuba tengok movie the bang bang club

Sunday, 7 August 2011

pembuang masa

seperti biasa, dalam ketidaktentuan membuat sesuatu perkara yang munasabah, akan timbul perkara yang merugikan dalam semua bentuk aspek, kerugian yang dialami tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ianya mudah dilalui dan meninggalkan masa, jauh di dalam kelangsungan hidup ianya bukan perkara yang baik untuk dilakukan atau berbaloi dikorbankan, fikirkan sejenak, apa yang sedang lu lakukan sekarang?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: lu sedang buang masa baca artikel yg tidak berfaedah ini lu tau tak??

Wednesday, 27 July 2011

baca jika ingin tahu!!

artikel ni artikel rare, lu orang tak kan jumpa di buku teks ataupun buku-buku terbitan kerajaan. artikel yang digarap oleh saudara Hishamudin Rais tuan empunya blog Tukartiub. jika ingin tahu teruskan membaca kerana membaca itu kan amalan mulia..cewah, dah mcm maskot perpustakaan negara la pulak..puiii!!


Nakba Ialah Malapetaka

Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang diperam dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera. 

Sang Saka Malaya
                                                                                   
Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada tahun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng
banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: cibai gua kena kencing dengan cikgu sejarah gua. sejarah tanpa fakta sebenar adalah seperti tin kosong yang dibuai ombak tanpa tujuan kesana sini dengan harapan menjadi sebuah pulau yang apa gua tengah merepek ni??

Monday, 25 July 2011

destinasi kota

melancong adalah perkara yang gua suka lakukan walaupun gua sedar gua ni bukan jenis yang dalam wallet ade kad kredit dan dalam akaun bank ada ribu riban simpanan, pernah dahulu semasa umur gua 14 tahun gua nekad ingin ke eropah dengan hanya berbekalkan 1 tapawey berisi nasi putih berlaukkn sardin, wang syiling berjumlah Rm45.00 hasil tabungan dari umur 6 tahun dan beg roda power rangers biru yang mak gua belikan sempena jualan murah  pasaraya Tong Chai Huat. lihat, betapa obsesnya gua dengan dunia pelancongan. biarkan kisah silam berlalu pergi dan sekarang gua tengah berusaha menabung agar gua dapat merealisasikan impian untuk melancong ke luar negara tercapai.

destinasi kota-kota pilihan gua untuk melancong dimasa akan datang antaranya:

Paris
paris kota yang unik bagi gua, dari segi sejarah dan budaya, paris adalah destinasi no 1 ingin gua jejaki, sekarang gua dah masuk tuition bahasa perancis, untuk memudahkan gua ketika melancong nanti, tengok ni gua nk payung lu skit ilmu dari clas tuition bahasa perancis tu, Bon Apeti..hebat tak gua? baru seminggu masuk clas tuition dah pandai cakap perancis. lu jangan kagum sangat, gua cuma amalkan makan kismis doa je.

London
sebuah kota yang wajib dikunjungi, tanpa perlu cakap banyak pasal london ni pun lu dah tau betapa bestnya kota ini, dengan bangunan-bangunan yang masih memengekalkan ciri-ciri inggeris kuno memukau pemandangan, dunia fashionnya yang menjadi tumpuan mata-mata anak muda di pelusuk dunia serta ditambah rencah budaya music yang cukup gemilang dari berabad dahulu tidak dapat dinafikan lagi london destinasi kegemaran untuk gua kunjungi jika punyai rezeki nanti.

Venice
cuba lu bayangkan dalam bandar yang cantik dan indah ini lu masih gunakan perahu untuk bergerak, rare bukan?? bandar air yang terpaling semat dan super sekolah tua untuk dikunjungi, gua ingat venice ni gua nak pergi time gua honeymoon, baru la bakal wife gua cakap gua ni romantik dalam seni. tak gitu Junaidi Manap bin Zakaria Kosnon? 

                                             *                            *                           *

setakat ni, hanya 3 buah kota ni je yang benar-benar gua inginpergi, ni kira greb A punya destinasi kota pelancongan yang serius gua akan cuba jejakkan kaki. yang gred B punya pun ada tapi atas disebabakan gua malas nk taip, nak buat macam mana kan?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: nanti gua post pulau pelancongan yang gua idam-idamkan untuk diterokai.

Tuesday, 19 July 2011

harmoni

kecapi nikmat harmoni dengan Fleet Foxes
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: menghirup secawan kopi sambil melihat permandangan di Alaska memang memberansangkan.

Monday, 18 July 2011

alam


alam,
kau penyeri sanubari,
tapi sayang,
kau di robek-robek.

alam,
kau inspirasi seni,
tapi sayang,
kau di ratah-ratah.

alam,
kau kasih dalam hati ini,
hanya satu pinta ku,
jangan kau hilang di dunia ini.

                                                                                                               udin, 2.00pm, Amazon 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: makin lama gua tengok makin menjadi-jadi global warming ni.

Monday, 11 July 2011

Bersih 2.0: Salute Pak Samad!!!

gua sayang lu pak samad

A. Samad Said 
kuasa gusar kini menggelegak murka,
warna kuning diisytihar racun terbisa.
diragutnya baju-T segeram tenaga,
dan diumum itulah busana bahaya.
tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
warna kuning yang teramat tenang dan syahdu,
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

salute sama lu pak samad. lu memang bukan macam sasterawan "Carma" yg banyak kt negara kita ini, yg hanya tahu menjadi pembodek dan penjilat, gua amat salute sama perjuangan lu membawa agenda suara rakyat dengan cara bersastera..salute!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: sasterawan yang berani bersuara menentang kezaliman pemerintah terhadap RAKYAT adalah sebenar-benar layak dipanggil sasterawan!! bodoh punya sasterawan golongan "CARMA"

Bersih 2.0, salute!!!

salute sama perjuang-perjuang yang berani bersuara di jalanan!!

mereka tak perlukan baju yg diberi percuma utk hadir menyatakan sokongan.
mereka tak perlukan habuan RM50 utk hadir menyatakan sokongan.
mereka tak perlukan pengangkutan yang disediakan pecuma
untuk ke ibu kota bagi menyatakan sokongan.

mereka ikhlas dengan perjuangan bagi menyatakan sokongan  menentang
kezaliman pemerintah yang tamakkan harta negara!!!

salute!!!
salute!!!
superb salute!!!
salute auntie!!!
 
 untuk tatapan umum

tiada apa yang gua perlu tulis selain perkataan "Salute" untuk mereka yang berani bersuara dijalanan walau pelbagai rintangan perlu dihadapi, setelah lama didodoikan dengan harta, kini pemimpin yang zalim sudah mula mengelabah melihat kebangkitan rakyat bersuara
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: lu ingat baik-baik, suara RAKYAT suara KERAMAT!!

Tuesday, 5 July 2011

berbasikalbebal

minda gua sering tidak keruan, hati tidak tenteram dan sedikit mengelabah ayam...
punca??

ni hah gua tengah pikir mcm mane nak dpt duit beli menatang ni.

yg ni kalau gua wekang mau 23 tiang jauhnyer

kalau yg mcm ni plak 32 tiang gua boleh wheelie sambil lepas tangan


cuci mata
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: sejuk seyh menatang ni. 

Sunday, 19 June 2011

budaya pembebasan

yok semua turun ke jalan


bukan tujuan gua untuk menghasut mahupun mempermainkan perasaan tapi ini realiti, budaya di jalanan adalah salah satu budaya bersuara yang terkandung dalam pelembagaan negara

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: jangan malu untuk turun ke jalan jika ingin menyuarakan segala ketidakpuashatian!!

Thursday, 16 June 2011

young folks



 jiwa mesti muda selagi lu masih muda
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: 4 hari praktis bersiul cmtu tak jadi-jadi gak..apehal hah?

Tuesday, 14 June 2011

salute

salute sama ini orang

dari kiri, Bruno Manser, Along Sega dan Encik Entah Tak Tahu Nama

nama yang asing bagi rakyat Malaysia, Along Sega, perjuang yang tidak pernah kenal erti takut dengan ugutan, beliau adalah salah seorang kaum Penan yang lantang menyuarakan nasib golongan Penan di mata dunia, lihat sajalah hutan di Serawak habis di gondol. dimana mata-mata rakyat malaysia yang melihat situasi ini? diam membisu dan hampir keseluruhan majoriti rakyat Malaysia tak tahu siapa perjuang kaum Penan ini bukan?

kelantangan serta keberanian beliau berjaya membuka mata seorang rakyat asal Switzerland  Bruno Manser (klik pada nama kalau lu nk tahu lebih lanjut), bah kan Bruno Manser mengangkat Along Sega sebagai mentor dan ayah angkat kepada beliau selama duduk didalam masyarakat Penan selama 6 tahun.
gua amat salute dengan perjuangan Along Sega menentang kapitalis bangsat, walaupun beliau sudah meninggal dunia tetapi percayalah, jasad memang pergi meninggalkan dunia tapi pemikiran mustahil hilang bersama jasad, ia pasti mengalir dari generasi ke generasi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: kalau ada 10 orang macam Along Sega ni kat Serawak habis punah bisnes balak taib mahmud kat Serawak tu.

Sunday, 5 June 2011

realiti

gua rasa lu pun boleh pikir benda yang sama lepas tengok gambar bawah ni.


yummy kan?


kah kah kah kah kah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: gua dah cakap awal lu tak caye!! kah kah kah..

Sunday, 29 May 2011

cuba

mak gua cakap lagu ni best.
try lu usha apa yang best sgt..



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: dulu mak gua sekolah aliran inggeris, lu orang jangan terkejut plak.

Friday, 27 May 2011

pernah sekali

perjalanan ke makmal sains adalah perkara yang membosankan, nak kena beratur tepi kelas lah sebelum bertolak, dah sampai pun kene beratur sebelah makmal sains tunggu kelas lain habis, sungguh tak western sistem pendidikan di malaysia ini.tapi gua mana tahu semua tu tak western, dah besar panjang macam ni baru nak sedar.

dalam kekenyangan selepas waktu rehat membedal mee goreng basah memang membuatkan gua mengantuk selepas itu, ok target gua dalam kelas sains tambahan ni bukan seperti pelajar nerd lain yang mahu duduk di hadapan dengan harapan belajar rajin-rajin nanti dah besar boleh jadi doktor dan pilot.puuiii.. target gua agak songsang sedikit, gua mau melelapkan mata.

cikgu din adalah cikgu yang mengajar subjek sains tambahan,orangnya amat garang di awal-awal tahun sekolah dibuka, seorang guru yang baru dipindahkan ke sekolah gua, dapat pulak mengajar kelas gua yang memang terkenal dengan kedegilan, memang fungsi garang dan taktik gertak ini tak kan berjalan dan lama kelamaan menjadi give up.

tapi lu jangan silap, degil-degil gua zaman sekolah gua tak pernah membuatkan cikgu-cikgu gua rasa terhina, gua tido pun atas nasihat cikgu din..ada ke die cakap "baik kamu tido dari buat bising dalam kelas ni." gua apa lagi lincah kadok ar tido..

 gua tak buat la bende tu dengan kadar yang kerap, kalau betol-betol ngantuk je gua tido. dah menjadi kebiasaan gua tido di kelas, pernah sekali gua tido dengan penuh komitmenya dan selepas puas tido gua sedar sekeliling gua muka-muka yang gua tidak kenal, muka seakaan-akan budak yang masih mentah dan kurang matang, maklumlah time tu gua form 5 muka matured skit dan gua menjadi hairan, gua perhati sekeliling dengan kepala tengah mamai, celaka gua kene tinggal dengan budak kelas gua, ada ke patut diorg biarkan gua dalam kelas tu sampai tukar kelas dan muka-muka yang mentah tu adalah budak-budak form 1 baru nk up. 

gua lincah-lincah bangun dan urus rambut sikit, zaman sekolah rambut main peranan nak kasik nampak brader-brader sikit, gua jalan keluar, sampai di gigi pintu makmal gua toleh belakang dan gua lihat cikgu din sedang ketawa anak.haram jaddah..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: hobi gua memang suka zzzZZZ

Sunday, 22 May 2011

akjfiqfhf

asfqwgffw??

sakfksakfsanfkashfksfxmnzhgkds ok?


kan?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: gua dah cakap lu orang x caye..bestkan? buto la sapa cakap x best..haha..

menonton tv di era 90'an

situasi:- menonton tv di era 90'an di dalam rumah bersama akak gua.

akak gua: weyh dik pulkul 12 ni ade cite pi mai pi mai tang tu kt tv3.

gua: yeke? bukak ar tv.

akak gua: ko g ambik goreng pisang kat dapur dulu baru aku bukak.

gua: cibai!

gua dengan sepantas kilat berlari ala-ala watson nyambek ke dapur dan membawa goreng pisang ke  hadapan

akak gua: weyh dik!! tengok tv ni!!

tv: bbzzzzzzz.......bbzzzzzzzzzz......

gua: cibai!! time-time camni la lu nk bzzzzzzz.....bzzzzzzz..

akak gua: ko pergi la pusing arial kat luar tu.

gua: cibai!!

gua sekali lagi dengan sepantas kilat berlari keluar dan dengan penuh semangat memusing arial agar gua dapat menonton pi mai pi mai tang tu bersama akak gua.

gua: DAH KE BELUM??!! 

akak gua: BELUM-BELUM!! SIKIT LAGI..KO PUSING KANAN SIKIT!!!

gua: OK-OK

setelah 15 minit berlalu dan cuaca semakin panas

gua: TAK BOLEH LAGI KE KAK???

akak gua: (senyap tidak menyaut panggilan gua)

gua: temper betol gua!!

gua terus abaikan tugas memusing arial dan masuk ke dalam rumah,
nahhh!! elok saja akak gua tidur dengan lena nya.celakak!!

sumpah rindu TV camni
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: bila pikir-pikir balik gua rasa akak gua ni ada potensi masuk maharajalawak jugak

Friday, 20 May 2011

dungu

gua rasa jari jemari gua dah semakin naik lemak, agak lama gua tak update dan hari ni gua nak jadi cikgu.mari kita belajar membuat perkataan dengan menggunakan perkataan dungu.

sebuah perkataan yang simbolik dengan pencacian dan penindasan psikologi, contoh ayat yang mempergunakan ayat dungu:

contoh 1: ismail melan kelihatan amat dungu bila mengenakan pakaian pengakap laut di majlis perkahwinan abang sulungnya.

contoh 2: "adik kau taklah  dungu sangat dapat nombor 6 tercorot", seloroh junaidi sa'ad kepada zaki pailang.

contoh 3: cikgu rosiah amat marah apabila johan kamarudin memanggil usop santoso dengan gelaran si dungu.

krriingggggggggggggg!!!!

ok masa dah time, sambung lepas waktu rehat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: contoh 4: kau si dungu kerana membaca entry dungu ini..

Tuesday, 10 May 2011

lihat

weyh weyh..!!

ni hah ni hah..

apa perasaan lu?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: macam tengah lepak tepi pantai minum kelapa muda kan?