melancong adalah perkara yang gua suka lakukan walaupun gua sedar gua ni bukan jenis yang dalam wallet ade kad kredit dan dalam akaun bank ada ribu riban simpanan, pernah dahulu semasa umur gua 14 tahun gua nekad ingin ke eropah dengan hanya berbekalkan 1 tapawey berisi nasi putih berlaukkn sardin, wang syiling berjumlah Rm45.00 hasil tabungan dari umur 6 tahun dan beg roda power rangers biru yang mak gua belikan sempena jualan murah pasaraya Tong Chai Huat. lihat, betapa obsesnya gua dengan dunia pelancongan. biarkan kisah silam berlalu pergi dan sekarang gua tengah berusaha menabung agar gua dapat merealisasikan impian untuk melancong ke luar negara tercapai.
destinasi kota-kota pilihan gua untuk melancong dimasa akan datang antaranya:
Paris
paris kota yang unik bagi gua, dari segi sejarah dan budaya, paris adalah destinasi no 1 ingin gua jejaki, sekarang gua dah masuk tuition bahasa perancis, untuk memudahkan gua ketika melancong nanti, tengok ni gua nk payung lu skit ilmu dari clas tuition bahasa perancis tu, Bon Apeti..hebat tak gua? baru seminggu masuk clas tuition dah pandai cakap perancis. lu jangan kagum sangat, gua cuma amalkan makan kismis doa je.
London
sebuah kota yang wajib dikunjungi, tanpa perlu cakap banyak pasal london ni pun lu dah tau betapa bestnya kota ini, dengan bangunan-bangunan yang masih memengekalkan ciri-ciri inggeris kuno memukau pemandangan, dunia fashionnya yang menjadi tumpuan mata-mata anak muda di pelusuk dunia serta ditambah rencah budaya music yang cukup gemilang dari berabad dahulu tidak dapat dinafikan lagi london destinasi kegemaran untuk gua kunjungi jika punyai rezeki nanti.
Venice
cuba lu bayangkan dalam bandar yang cantik dan indah ini lu masih gunakan perahu untuk bergerak, rare bukan?? bandar air yang terpaling semat dan super sekolah tua untuk dikunjungi, gua ingat venice ni gua nak pergi time gua honeymoon, baru la bakal wife gua cakap gua ni romantik dalam seni. tak gitu Junaidi Manap bin Zakaria Kosnon?
* * *
setakat ni, hanya 3 buah kota ni je yang benar-benar gua inginpergi, ni kira greb A punya destinasi kota pelancongan yang serius gua akan cuba jejakkan kaki. yang gred B punya pun ada tapi atas disebabakan gua malas nk taip, nak buat macam mana kan?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: nanti gua post pulau pelancongan yang gua idam-idamkan untuk diterokai.


LONDON PLEASE!
ReplyDelete