Friday, 8 April 2011

Paris

bangun pagi di Paris adalah perkara yg gua sangat suka,bangun pagi di Paris bukan seperti bangun pagi di Labis ataupun Kota Tinggi, bangun pagi di sini lebih rileks dengan kicauan burung yang mengamit suasana pagi .

untuk ke tempat kerja gua hanya perlu berjalan 136 tapak untuk sampai ke tempat kerja. mudah dan menjimatkan bukan? untuk merasai lebih nikmat kebahagiaan hidup di kota Paris jangan dilupakan kelazatan roti yang sinonim dengan masyarakat disini, roti Perancis, ia hebat di makan ketika dalam perjalan ke tempat kerja.

kehidupan gua sebagai pekerja yang bukan berkelayakan warganegara Perancis tidak melemahkan semangat, malahan itu menjadikan gua lebih produktif dan menitikberatkan nilai murni dalam bekerja. atas keberkesanan nilai-nilai terbut, gua mendapat pekerja contoh dan macho untuk 3 tahun berturut-turut. satu rekod yg di cemburui Odill Yvonne, rakan sekerja gua.

Odill Yvonne adalah anak watan kota Paris, bagi beliau hanya warga Paris sahaja yang  layak untuk menonjol dalam pelbagai bidang. dahulunya gua dan Aodill Yvonne adalah rakan sekerja yg akrab tetapi setelah mengetahui bahawa Odill Yvonne tidak sunat dan mengamalkan budaya syirik iaitu memuja kubur  bagi mendapatkan nombor ekor gua jauhi beliau agar gua x terjebak dengan unsur syirik tersebut.

bukan itu sahaja, dari apa yang di beritahu Noelli Eloisse, seorang imigrain asal Jerman tetapi berkahwin dengan warga Paris kepada gua, index peratus kelangsungan IQ Odill Yvonne adalah 1.67%  tetapi mempunyai cita-cita besar iaitu mahu menjadi senator di dewan Parlimen Perancis. katanya tujuan beliau ingin menjadi senator adalah untuk memperjuangkan nasib golongan-golongan marhaen di kota Paris.


                                                *              *              *

bagi gua semua itu karut.


Paris cool gila.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki: nk lepak Paris ajk gua, gua x penah pegi sana lagi.

No comments:

Post a Comment