nama izawan makmol bagi gua sangat unik, seperti orangnya. matanya sepet seakan-akan cina dan rambutnya ikal mayang walhal dahulunya lurus, penah skali gua bertanya kepada beliau kemana hilangnya rambut lurus, beliau menyalahkan maggi sebagai punca, beliau amat meminati maggi kari dan lama kelamaan rambutnya rosak dan keguguran.
dalam hal sebegini bukan rambut yang gua ingin huraikan, ini hal gua dan beliau dimana honda c70 juga terlibat sama.
dalam tahun terakhir selepas menduduki peperiksaan PMR kehidupan gua sangat damai, gua enggan ke sekolah walhal cuti belum lagi bermula, kehidupan gua selaku pelajar yang enggan kesekolah menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar gua abaikan. bagi gua yang sangat gangster dan ditakuti ramai ketika itu bersekolah selepas menduduki peperiksaan PMR adalah sangat tidak macho dan kurang kelihatan smart. apa cibai ke sekolah selepas peperiksaan PMR? itu yg gua fikirkan di era kegemilangan persekolahan.
rutin harian gua jika tidak kesekolah hanya melakukan perkara simple, gua membantu ibu gua di dapur memotong bawang, membaca buku ilmiah dan bersuka ria di halaman rumah. perkara-perkara itu sering gua lakukan jika tidak kesekolah, dari situ lu dapat lihat bahawa gua ini anak yg ringan tulang serta berkemampuan membuat kehidupan orang tua gua lebih bermakna bukan?
peristiwa gua dengan izwan makmol ni terjadi ketika gua sedang menikmati rase keunggulan rokok dunhill di ats pkok sebelah rumah gua. nah! pasti lu rase gua kurang cool bukan bila isap rokok sembunyi-sembunyi diatas pokok? untuk kali ini gua diberikan pengecualian kerana gua tidak sanggup di sebat dengan getah paip oleh ayah gua jika beliau mengetahui gua terjebak dengan gejala merokok dalam usia muda.
dalam kesibukan gua mecipta formasi O dari asap rokok, gua di hidangkan dengan adegan izwan makmol sedang menolak honda c70 diatas jalan raya, gua abaikan sahaja beliau kerana beliau bukan sebahagian dalam hidup gua, bisik gua dalam hati, gua teruskan lagi usaha membina formasi O dari asap rokok tetapi masih gagal, celaka! tengking gua kepada dedaun yg mengelilingi gua diatas pokok.
tidak sampai 5 minit gelagat izwan makmol menghantui permandangan sekali lagi, dengan penuh semangat beliau menolak honda c70 nya, gua buat heran tak heran, gua hembuskan asap rokok keatas dengan penuh bergaya, seakan-akan orang kaya menghisap cerut mahal yg diimport dari Cuba, kerkepul-kepul asap memenuhi ruang udara tempat persembunyian gua.
* * *
dalam kesibukan gua berangan ingin menjadi saudagar kopi sambil menyedut asap rokok, gua disajikan untuk kali ke tiga izwan makmol menolak honda c70 nya, kelihatan peluh sudah membasahi baju rumah sukan rajawali yang diwakilinya semasa sekolah rendah dahulu. kali ini gua hilang pertimbangan, gua lonjat dari atas pokok seperti gaya Bryan Nickson Lomas dalam saringan ke 2 acara 200 meter papan anjal di sukan olimpik Beijing. gua hampiri beliau:
gua: memang hobi lu tolak motor ke wan?
izwan makmol: otak ko, motor aku x hidup ni, aku dh check minyak,plug,minyak itam dan kaberator semuanya ok. lagi pun motor aku ni baru lepas servis dan bla bla bla bla tau din.
gua: (gua hanya anggukkn kepala tanda malas nk ambik port sgt.)
izwan makmol: ko rase ape patut aku buat?
gua: (gua perhatikan keadaan fizikal honda c70 izwan makmol)
sedang gua perhati satu per satu komponen honda c70 nya gua ternampak 1 bende yang kurang enak dilihat mata. gua lakukan satu pergerakan tangan yang mudah lalu gua berpaling menuju kedalam rumah tanpa berkata apa kepada izwan makmol.
* * *
* * *
dalam perjalanan masuk kedalam rumah gua terdengar deruman honda c70 izwan makmol memecah suasana, "ciss, celaka punya izwan makmol, gua yang smart ni diperbodohkan dengan adegan yang kurang bernas dari beliau" benak gua dalam hati, perfect mane pun honda c70 lu, xkan hidup motor tu kalau lu x hidupkan kunci bangang!!.barai barai kepala otak izwan makmol ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
meh gua tunjal kepala die din.. haha
ReplyDeletemcm gampang benak budak tu...
lu jgn main2..die komunis tu.
ReplyDeletebanggang din? bahasa apa tu?
ReplyDeletedin, g ade 1 je.. bangang.. banggang 2, ntah ape beza lu gn izwan? x gitu farhan bangang? buat malu gua je
ReplyDeleteok gua dh betolkn. fuck!!
ReplyDelete